Thursday, July 17, 2014

Road to Longhouse Batang Ai



   Kenangan bulan lepas ketika berada di #Sarawak masih segar bugar dalam ingatanku. Sebaik sahaja Rainforest Music World Festival berakhir, STB (Sarawak Tourism Board) telah pun mengaturkan post tour untuk kami yang seramai 12 orang.
Enam orang ditemani seorang wakil STB akan membuat perjalanan menyusuri Batang Ai ke perkampungan rumah panjang suku kaum Iban, manakala selebihnya akan bercanda bersama penyu-penyu di pulau Talang-Talang. Apa lagi! Aku pun meemilih rumah panjang lah.. tergiang giang di telingaku alunan music dari Sape.

Keesokkanya, walaupun masih keletihan, pagi pagi lagi kami seramai tujuh orang telah pun bersedia untuk perjalanan seterusnya. Selesai bersarapan di Damai resort dan mengucapkan selamat tinggal kepada kenalan kenalan baru disana, lebih kurang pukul 10 pagi kami pun bertolak meneruskan adventure yang seterusnya....



Perjalanan mengambil masa lebih kurang dua jam sebelum sampai ke daerah Serian. Disana kami berhenti untuk minum menghilangkan dahaga selepas singgah di pasar berdekatan untuk mengambil gambar.

sempat aku menjengguk seorang peniaga yang sedang tekun menganyam bakul

Pelbagai barang makanan ada dijual disini termasuk berjenis kuih muih tempatan

kami kemudian meneruskan perjalanan semula dan singgah di ladang lada hitam.



Terdapat juga tanaman lain seperti koko dan limau.

Selesai menjelajah kebun lada hitam, perjalanan di teruskan selama lebih kurang sejam lagi sebelum berhenti untuk makan tengahari. Kebetulan, perut kami sudah mula berbunyi. Cuaca yang agak terik juga membuat kami semakin keletihan.  

 Setelah makan tengahari, kami meneruskan perjalanan selama hampir dua jam, sebelum tiba di jeti kecil untuk menaiki bot kecil ke kawasan Batang Ai.
 Perjalanan menaiki bot selama 40 minit itu, menghidangkan kami suatu pemandangan indah dan begitu damai sekali. Di sepanjang pesisir tasik terlihat beberapa buah rumah panjang milik orang asli Bidayu.



 Akhirnya, setelah hampir pukul 5 petang kami tiba di kawasan rumah panjang orang asli Iban. Kami disambut mesra, oleh keluarga Iban seramai 37 buah keluarga... ramainya

Setelah berehat menghilangkan penat, kami menjamu perut yang kelaparan dengan makan malam yang disediakan sendiri oleh Pak guide.
Kepenatan dan cuaca yang terik membuat aku terus tersungkur duduk di tepi jar

 Kemudian, kami di persembahkan dengan tarian traditional sebagai menyambut kedatangan kami.
 Beberapa ahli keluarga yang ada, memainkan peralatan traditional sambil diiringi tarian Iban


 Suku kaum yang dahulunya terkenal dengan keberanian dan dikaitkan dengan "memenggal kepala lawan" ini, sebenarnya agak pemalu dan sentiasa tersenyum mesra. Sempat saya menyuruh mereka untuk membuat pose "peace" hehehehe

 Selepas itu, saya mewakili rombongan, menyampaikan buah tangan yang kami beli bersama.. amboi, Tok ketua ni dah biasa bergambar rupanya..
Selepas berbual bual, seawal pukul 10 malam, kami yang keletihan masing masing masuk kelambu untuk tidur, pagi pagi lagi kami dikejutkan oleh bunyi kokokan ayam yang banyak berkeliaran di luar rumah.

 Dua orang kanak kanak Iban, duduk memerhatikan kami
 Keesokkannya, selepas bersarapan, kami bersiap sedia untuk meninggalkan rumah panjang meneruskan adventure yang seterusnya. Sebelum mengucapkan selamat tinggal, kami bergambar dengan ketua rumah dan keluarganya.

 Seperti biasa, posing is a must! hehehehe
Sempat kami mencuba senjata berburu, tak disangka, tiupan aku mengena tepat ditengah tengah , diorang ni tak puas hati.. nak cuba lagi hehehehe

Pemandangan rumah panjang dari bahagian tepi..




No comments:

Post a Comment